Jalinan Digital Negara (JENDELA) adalah sebuah rancangan penyediaan infrastruktur digital. JENDELA bertujuan untuk menyediakan satu kerangka kerja yang komprehensif dan liputan jalur lebar berkualiti tinggi bagi memenuhi permintaan pengguna. JENDELA juga merupakan platform untuk mempercepatkan kesalinghubungan digital negara melalui pelaksanaan meluas capaian jalur lebar mudah alih, gentian optik dan tetap sementara membuka jalan kepada 5G di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). JENDELA akan memastikan semua rakyat Malaysia mempunyai capaian kepada kesalinghubungan digital yang berkualiti, dan mencapai aspirasi nasional yakni capaian gigabit ke sembilan (9) juta premis, kelajuan jalur lebar mudah alih 100Mbps dan 100% liputan di kawasan berpenduduk menjelang 2025.
JENDELA Map dan Aplikasi Mudah Alih menyediakan pengguna kemudahan untuk memeriksa liputan rangkaian di kawasan mereka, menghantar maklum balas dan juga memohon perkhidmatan baharu daripada syarikat Penyedia Perkhidmatan masing-masing. Kesemua maklum balas yang dihantar dalam aplikasi ini akan disalurkan kepada Penyedia Perkhidmatan yang berkaitan supaya dapat merancang untuk menambah baik tahap kesalinghubungan kepada pengguna dalam masa terdekat.
JENDELA Map boleh diakses di pautan https://jendela.my .
JENDELA Map membolehkan pengguna untuk menyemak kualiti liputan rangkaian di kawasan mereka, menghantar maklum balas dan memohon perkhidmatan baharu daripada syarikat penyedia perkhidmatan masing-masing.
Maklum balas anda akan disalurkan kepada pihak penyedia perkhidmatan berkaitan untuk perhatian lanjut.
Muat turun Aplikasi Mudah Alih JENDELA Map daripada Google Play Store dan Apple App Store.
Tidak. Anda memerlukan akses Internet untuk melayari JENDELA Map dan Aplikasi Mudah Alih.
Kesemua maklum balas yang dihantar akan disalurkan kepada pihak penyedia perkhidmatan masing-masing untuk tindakan selanjutnya.
Maklum balas anda akan dihantar secara automatik kepada pihak penyedia perkhidmatan untuk diproses.
Anda boleh memeriksa liputan rangkaian di kawasan anda; menghantar maklum balas dan juga memohon perkhidmatan baharu daripada syarikat Penyedia Perkhidmatan masing-masing.
Tidak, sila berikan maklumat seperti yang diminta dalam borang ‘Hantar Maklum Balas’.
JENDELA Map dan Aplikasi Mudah Alih tersedia 24/7 kecuali ketika penyelenggaraan berjadual.
Anda boleh menyemak status maklum balas anda di ‘Status Maklumbalas’. Anda juga boleh menghubungi pihak penyedia perkhidmatan yang berkenaan untuk maklumat lanjut.
Anda boleh memantau perkembangan maklum balas anda di ‘Status Maklum Balas’. Anda juga boleh menghubungi pihak penyedia perkhidmatan yang berkenaan untuk perbincangan lanjut.
Sila e-melkan masalah yang dihadapi bersama butiran lanjut kepada pihak IT Helpdesk MCMC di Tanya AIDA.
Rangkaian PAKEJ adalah penyediaan perkhidmatan PUDO (akronim kepada istilah ’Pick-Up Drop-Off’). Perkhidmatan ini membolehkan bungkusan dipungut dan diserahkan di lokasi terpilih yang dipercayai menerusi peti simpanan atau kaunter perkhidmatan.
Kaunter perkhidmatan di kedai rangkaian perkhidmatan PUDO dan peti simpanan.
Lokasi adalah selamat kerana diawasi dan dilengkapi dengan pelbagai system kawalan keselamatan (CCTV) seperti pengawasan video, kunci anti pecah masuk dan sistem pengesanan bungkusan.
Perkhidmatan ini berteraskan teknologi tanpa kertas (paperless). Hanya nyatakan nama dan alamat penuh penerima pada bungkusan anda.